Wednesday, November 12, 2008

Latihan Pembangunan Kapasiti Penyelia







Tahun 2008 ini telah meninggalkan seribu satu kenangan manis bagi saya terutama dari sudut pengalaman dan pengetahuan kerana telah dapat berkumpul dengan rakan-rakan Penyelia Pusat PPIK dari Sabah dan Sarawak.
Perjumpaan pertama telah diadakan di Grand Continental Kuching, Sarawak pada 23-24hb Sep 2008 dan perjumpaan untuk kali ke 2 di Le Meridien Kota Kinabalu, Sabah pada 5-7hb Nov 2008.
Perjumpaan ini merupakan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan bagi kami semua sebagai Penyelia Pusat PPIK. Perbagai aktiviti dan krusus telah dijalankan untuk Penyelia Pusat, ini telah memberikan inspirasi serta dorongan kepada kami untuk menjadikan ia sebagai pengalas ilmu kepada komuniti setempat nanti.Ribuan Terima Kasih kami ucapkan kepada Warisan Global kerana dengan jayanya mengadakan Latihan Pembangunan Kapasiti Penyelia dan Jutaan Terima Kasih daun keladi kepada pihak Maxis terutamanya para fasilitator yang telah mencurahkan ilmu kepada kami serta telah mengumpulkan rakan-rakan Penyelia Pusat dari Sabah dan Sarawak menjadi satu pemangkin dalam kemajuan komuniti.
Di harap pada masa yang akan datang kami dapat berkumpul sekali lagi berramai-ramai termasuk rakan-rakan Penyelia Pusat dari Semenanjung untuk kali ke 3. Kata pepatah, Kecik Tapak Tangan Nyiru Kami Tadahkan.
Pusat Perkhidmatan Ilmu & Komuniti (PPIK) BOLEH!!!

Tuesday, October 28, 2008

Pantai Pandan


Pantai Pandan merupakan tempat tumpuan para pengunjung terutamanya pada hujung minggu dan cuti persekolahan. Pantainya yang landai dan bersih membolehkan pelbagai aktiviti dapat dilakukan pada waktu petang. Bagi para pengunjung yang ingin bermalam sambil menikmati kedinginan bayu malam, melihat matahari terbit dan terbenamnya sang matahari, mereka boleh menginap di rumah tumpangan atau banglo. Makanan, minuman serta keperluan lain boleh didapati dari kantin yang berdekatan. Di musim-musim tertentu pula, para pengunjung berkesempatan menyaksikan gelagat para nelayan menangkap bubuk dan ikan pusu (bilis) yang jarang-jarang dapat dilihat di tempat lain di negeri Sarawak. Pantai Pandan juga terkenal dengan kepakaran penduduknya membuat belacan dan cencaluk.

Thursday, October 23, 2008

Taman Negara Gading


Terletak di pinggiran kaki Gunung Gading. Masih kaya dengan ciri-ciri keindahan semulajadi yang unik, hutan tropika yang luas dan tidak terusik. Bagi para pengunjung yang gemarkan cabaran, mereka boleh menjejaki denai untuk sampai ke puncak gunung. Bagi pengunjung yang bernasib baik, mereka akan menjumpai bunga Rafflesia semasa perjalanan mereka ke puncak gunung. Di bahagian lurah-lurah gunung, pengunjung dapat melihat aliran air dari gunung yang mengalir laju yang sejuk lagi menyegarkan, dan sesekali melimpah pada cerun tinggi bagaikan air terjun. Manakala di bahagian hilirnya pula dibina takungan kecil untuk dijadikan tempat bermandi. Gazebo dan Barbeque pic disediakan bagi pengunjung yang bercadang untuk berkelah. Dan bagi pengunjung yang merancang hendak bermalam, rumah tumpangan (Hostel dan Chalet) ada disediakan.

Tempat Pelancongan



Daerah Lundu memang terkenal dengan pasarana pelancongan dan ini merupakan kelebihan Daerah Lundu berbanding dengan kawasan-kawasan lain di Sarawak. Kawasan menarik tersebut adalah seperti:

  • Taman Negara Gading (Lundu)
  • Taman Negara Tanjung Datu (Sematan)
  • Taman Hidupan Liar Semunsam (Sematan)
  • Kawasan Pantai:
    Pandan, Siar, Sematan & Telok Melati.
    Program Homestay seperti di Telok Melano, Telok Serabang dan Rumah Panjang Pueh di Sematan. Ulat Sutra di Silk Farm, Sematan. Deer Farm dan Bird Nest di Kampung Siru, Sematan. Industri Penternakan Ketam, Sematan.
  • Industri-industri kecil: Keropok ikan, keropok udang, keropok ubi dan kuih tradisional, kraftangan dan sebagainya.

Sejarah Lundu

Daerah Lundu telah wujud sekian lamanya, sejak zaman era pemerintahan Keluarga Brooke lagi. Mr Henry Fitzgibbon merupakan Pegawai Daerah Lundu yang pertama pada era Brooke. Beliau mentadbir Daerah Lundu pada tahun 1877.
Berdasarkan penceritaan dari warga tua, Lundu mendapat namanya dari sejenis spesis ikan tempatan yang dikenali sebagai ikan lundu ataupun nama sentifiknya Macrones Guilo. Menurut cerita penduduk tempatan , pada masa dahulu bilangan Ikan Lundu iaitu sejenis spesis ikan sembilang ini boleh didapati dengan banyaknya di sepanjang sungai Batang Kayan Lundu. Hinggakan Ikan Lundu boleh didapati dengan mudahnya semasa air pasang.